Heart Lucky Charms

Sunday, 27 January 2013

177 cm VS 151 cm ?

Fehh.

Kali ini lagu aku tak boleh bermain dengan jiwang selenang-lenangnya.
Nak berubah mana boleh jiwang bukan? Mesti semangat. Jadi lagu di atas itu tiada kena-mengena sebenarnya. Cuma nak rancak sedikit.
---------------------------------------------------

Ok mukadimahnya itu sahaja.
177 cm vs 151 cm? Mak aiyh. Tak rasa terlalu jauh ke ketinggian terbabit?
*Lap peluh* Ramai yang kata perempuan yang "rendah" ni sangatlah comel.
Manakala, lelaki yang tinggi ini sangatlah macho. Apakah benar? Hahaha.
Manusia sendiri membuat spekulasi masing-masing. Bagi aku semua rendah dan tinggi itu cantik.
Ciptaan Allah mana boleh dipertikaikan.
Nak bercerita, ada ke yang nak dengar ni? Eh tentulah tiada. Mereka membaca. *Ketawa dalam hati sepuasnya* x)
--------------------------------------------------

Last hari Selasa lepas aku lepak lorong kedai Sticker.
Mungkin aku rasa nak lepak situ sambil tunggu abah ambil aku dari sekolah dan mudah sikit untuk abah nampak aku memandangkan tubuh aku yang kecil ini mudah tersorok.
Sambil layan novel "Projek Memikat Suami" tetiba datanglah seorang pakcik tua. I thaught this old man is a shoemaker. Hm sebab nampak beliau tekun menjahit kasut kasut bergelimpangan dihadapannya. Keriut keriut mukanya jelas kelihatan. Serius sebak. Segera aku teringat abah. Pakcik itu gigih mencari sebutir nasi buat anak anaknya hanya dengan membaiki kasut. Dahlah masa itu panas terik memercik. Peluh jangan dikira betapa lajunya berlari memandikan tubuh kurus pakcik itu. Terbongkok-bongkok mengetuk kasut tersebut. 

Rupanya dia menyedari aku yang sedang ralit melayan perasaan aku terhadap dia.
Pakcik tu tegur "Dah lama buat kerja ni dik?"
Aku: "Haa? Kerja? Kerja apa pakcik? Saya student lagi" --' Dengan muka tak bersalah cakap macam tu.
Pakcik: "Mengendap orang ni haaa"
Aku: "Hahahahhaa" *Muka panas malu*

Pakcik: "Ish pakcik bergurau nakk oi, kenapa tengok pakcik dari tadi? Segan pakcik. Tak senang nak baiki kasut" Aku sengih je lah yang mampu. Sumpah segan.

Pakcik itu pun berleret leret lah bersembang dengan aku hal sekolah, kerajaan, dan agama.
Terkejut beb. Agama? Fehh. Aku banyak mengiakan dari bercakap. Takut tersalah kata, naya sahaja.
Pakcik itu tak berganjak sedikit pun dari tempat asalnya. Duduk bersila atas sehelai kain guni, kasut kasut disusun rapat sambil menceritakan hal keluarganya. Aku duduk diam mendengar tanpa berkutik satu suara.
"Jangan tinggal solat nak, semua urusan perlukan tiang penguat. Datangnya dari solat. Kalau tak berhajat meminta pertolongan, jangan ingat Tuhan nak berkenan" Aku dengan mulut tak berinsuransnya bertanya "Dulu pakcik kerja apa?"*Dalam hati mengutuk diri sendiri sebab tak sayang mulut sungguh aku ni*
Pakcik senyum. "Pakcik dulu kerja bahagian pegawai pengurusan wang pejabat cukai taksiran dan tanah."

Aku terlopong. Tenganga sedikit mulut aku. Hahaha. Buruk perangai --' "Pakcik berhenti, disebabkan rasuah yang tak pernah nak bertapis. Pakcik sanggup mencari rezeki macam ni. Biarlah nampak hina. Asalkan di mataNya tak sedemikian rupa. Anak, ingat senang kerja dengan kerajaan? Rasuah walaupun seposen tetap dikira! Ambillah seposen rasuah itu, esoknya habis seratus ringgit. Tu tanda Allah tak berkat. Benda macam tu jangan dipandang ringan" Aku terdiam. Berkutik hati 'dapat ceramah free haa' Alhamdulillah.
------------------------------------------------------

Bla bla bla, then aku masih ingat pakcik itu cakap.
"Solat mesti dijaga rapi, baru nampak usaha kita itu berkualiti"
Aku mengangguk tanda setuju sangat. Hampir tepat pukul 5! Getus hati aku. Sekali lagi aku mengerling jam di tangan. Abah lambat sangat ambil wawa ni kenapa T.T Pakcik nampak muka aku yang tengah resah. Pakcik itu tak lekang dengan senyuman yang menampakkan baris gigi yang putih menyerlah. 'Pakcik ni suka beri sedekah sungguh' Omel hati aku. Maka sambunglah isu isu kerajaan yang kami sembang. Felamaks. Aku dah gaya seperti orang bekerja pula. Kikiki xD

Pin! Pin!
Terkejut aku. Kereta Perodua Alza berwarna putih membelok kanan menuju ke arah kami.
Terngangan mulut aku wehh. Keluarnya seorang perempuan muda bertudung labuh, mungkin baru balik dari kerja memanggil pakcik tersebut "Abah abah! Dah habis? Jom lah"
Aku melopong. Mak aiyh. Cantiknya perempuan tuuuu. Pakcik tersebut segara kemas dan tetiba beri aku satu pin button "Hijau Itu Indah" Tergamam aku buat yang keberapa kali entah --' Hahaha.
Then, ada seorang lelaki tinggi ya amat amat keluar dari perut kereta, memapah abahnya.
Sempat lagi pakcik itu berkata "Anak, ingat, apa tu kata pepatah omputeh, dont judge a book by it cover eh? Haa. Ingat. Wajib kamu bersangka baik. Oh ya, anak, pakcik lupa! Apa nama kamu? Nama pakcik Musa". Aku "Hee nama saya Nazurah, panggil ja Wawa. Dah biasa dengan nama itu" Pakcik: "Haa molek sangat lah tu, ni haaa anak bongsu pakcik, umurnya 19, belajar di Uitm Puncak Alam. Bolehlah pakcik bermenantukan anak. Cuma, jangan risaulah tentang ketinggian tu. Anak pakcik ni tak silap 177 tingginya. Wawa rendah rendah pun comel. Berkenan pakcik nengoknya" Anak lelaki pakcik tu muka pun merah padam. Apatah lagi aku. SPM belum lepas lagi woii. HAHAHAHAH.


Sekian.
Terima kasih Pakcik Musa :D