Heart Lucky Charms

Friday, 21 June 2013

Bakal Pergi?

Bismillahirrahmanirrahim.
---

Tok tok tok!
Pintu itu aku ketuk perlahan-lahan.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam madrasah.  Ku lihat wajah Ustazah Hamidah yang
tersenyum memandang aku.
Tertunduk aku. Dapatkah lagi aku melihat senyuman bonda aku yang satu itu?
Allahuu *Pekup dada*

Laju kaki aku merapati Ustazah. Hati aku berat... lalu menjerit "Jangan kau buat Naz!"
Terus aku peluk dan cium Ustazah.
Macam biasa Ustazah mesti cakap.

"Haa pehalnya Wawa? Hihi, ada apa-apa masalah ke ni?"
Asal entah aku laju menggeleng.

Tanpa membuang masa, aku pergi satu sudut tepi madrasah tu, membaca
perihal langkah-langkah untuk berubah. "Perubahan tu pun satu Jihad juga Wawa"
Terdiam aku. Ustazah macam tahu-tahu aku baca part tu.

Tersengihlah, macam kerang busuk dah rupa aku ni.
"Ustazah, ce Ustazah bagi tips-tips cemana nak menghadap sakaratul maut"
Ustazah: "Kenapa ni Wawa oi? Ni ada buku, meh baca depan Ustazah."

Aku diam membatu. Tak tahu kenapa aku berat sangat nak pegang buku tu.
Aku terpandang ayat dibelakang buku tebal itu.
"Ya Allah! Sakitnya sakaratul maut ini!"
Aku: "Takpelah Ustazah. Saya ok kut."
Ustazah: "Tak rehat ke Wawa?"

Senyum. "Tengah kumpul duit Ustazah. Duit kecemerlangan sampai RM100 ringgit.
Mana mampu nak bagitahu abah. Lebih baik saya kumpul."
Ustazah: "Habis tu? Takkan tak makan langsung? Nanti tak boleh belajar, lapar.
Ke kamu ada bawa bekal?"
"Ada, makan biskut. Cukuplah tu. Hihi"
Dalam hati. Carenya Ustazah dekat aku. Ngeh ngeh.

Air mata aku laju menitik. "Ustazah, mati tak kenal usia kan? Ustazah, setiap ujian buat
hambNya berbeza kan? Ujian saya berat." Laju air mata aku menitik.

Ustazah pandang muka aku. "Insha Allah, jangan kamu mati dulu sebelum Ustazah,
nanti hilang seorang anak murid ustazah  yang kerap mendoakan ustazah."

Gulp!
"Mana Ustazah tahu?"
Ustazah: "Ustazah terdengar ada esakan kecil dalam surau haritu. Entah siapalah orangnya yedok. Ustazah terkejut, pelajar tu menangis-nangis doakan kesihatan Ustazah.

Lagilah air mata aku melimpah-limpah. Terus aku dakap Ustazah.
"Saya tak lama kut" Itulah ayat aku sering sangat meniti di bibir aku.

"Baiknya kamu doakan kawan-kawan kamu. Ustazah harap kawan-kawan kamu
ada terfikir macam mana kamu buat kat diorang."
Eh kenapa cara Ustazah cakap macam skema jer ni? Haha. Aku sendiri pelik.

Ustazah: "Kawan yang lain mana?"
"Diorang rehat lerr."

"Kamu baru balik dari surau?"
Aku mengiakan.

"Ustazah, macam mana ye, nak handle up kalau kita mudah cepat terasa
dengan perbuatan sahabat kita?"

Ustazah pandang aku. Lama. "Wawa ada masalah dengan kawan ke?"
"Ish, mana ada Ustazah. I'm just asking. Hehe"
Gelak palsu. Dalam hati dah menangis laju-laju.

Ustazah: "Keringkan je hati tu. Macam Ustazah. Tak heran kalau orang nak kata kita dibelakang. Hakikatnya mereka yang mempunyai masalah jiwa.
Kita tenang bahagia. Kan? Lagi satu, jangan fikir sangat.  Allah itu Adil Wawa.
Dia Maha Mengadili.
"Innalaha Alaa Kulli Sya'in Qadiir"
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Bersabarlah Wawa. Besar ganjarannya.
Ustazah tahu, benda macam ni, semua orang akan mengalami.
Jadilah seorang pemaaf. Sifat Dai'e bukan pendendam. Ingat tu Wawa."

Aku menangis. Lama.
Ustazah membiarkan. "Menangislah Wawa. Nampak kamu tu betul-betul
menginsafi dosa-dosa kamu."

Ye, aku memang banyak dosa. Tapi tak bermakna aku tak boleh bertaubat.
Pintu Taubat itu luas. Cuma aku sering kalah dalam Ujian.
Allah adil. Allah adil. Aku nampak hikmahnya.

Dalam kesempitan wang, aku nak berusaha kumpul duit. Ekceli, puasa je lah terus.
Dapat pahala. Aku diuji. Allah itu sangat penyayang. Sentuh aku dengan
Tarbiyah ujian-Nya.

Allah.
Sebaik-baik pendengar aku.

Aku kirimkan surat untuk sahabat-sahabat kelas.
Hari tu juga, habis lenjun satu tudung menangis-nangis dengan Fatehah, Hayati,
Eykin, Gusna, Nisa, Shasha, Aisyah, Syaidah dan Fahana.

Aku masih ingat.
Mati tak pernah tunggu kita tua.
Jangan terlambat sebelum habisnya tutup mata.

Entahlah. Mungkin kut. Mungkin~~~
Aku memang tak lama.

Cuma, aku mengorakkan sebuah kisah, nak sahabat-sahabat sedekahkan
Al-Fatihah bila Malaikat Maut datang menyapa.

Sahabat!
Izinkan aku jatuh cinta dengan kalian!
Dengan keimanan,
dan kerana Allah yang pastinya.

"Jangan lupa, doakan aku."
Aku bangun, tak semestinya aku tak pernah merasai jatuh.
Aku bangun, tak semestinya aku tak pernah merasai dihina.
Aku bangun kerana aku tahu aku teguh.
Untuk mencapai redha Lillahi Taala.

Jangan futur! Jangan futur.
Dai'e tidak akan cepat menunduk layu dengan 'futur'

Allah is the sufficient for us.
Oh Allah, Please forgive us.
Accept our taubah.
Aameen.
*Kesat air mata*


Alangkah bahagianya, senadainya maut menjemput kita,
kita sedang berurai air mata merasakan manisnya Iman dalam sujud penghambaan.
Rindu akan perjumpaan dengan-Nya.

Menangis.

Aku bakal menyusul.

NNK.