Heart Lucky Charms

Friday, 5 April 2013

Tarbiyah Cinta.

                                                                            Tuhan !
                                                          Jangan Biarkan Aku Sendiri.
                                      --------------------------------------------------



Di atas usaha-usaha kita yang membuak-buak ingin berubah,
Allah tak putus-putus menghantar ujian untuk ditarbiyah.
Muslimah, diberi amanah.
Menggoncangkan dunia dengan azam yang terpasak didada.
Tak jemu tak mengalah.
Kerana idamkan indahnya Syurga.

"Oh Allah.
Pimpinlah hati-hati kami.
Tetapkan ia yang penuh dengan hasrat,
Jangan terpesong sekali lagi.
Serik dengan dosa yang berkarat."

"Allah,
Sentuhlah hati aku ketika aku lalai mengejar cinta manusia,
Dakaplah aku ketika aku ghairah mengejar cinta-Mu yang Esa."

Di atas semua itu,
Allah bukakan pintu-pintuNya untuk kita,
Raihlah pertolonganNya.
Di saat kau berasa tak sanggup menanggung kesendirian,
Serulah Allah dengan penuh kesungguhan.


وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (٨٩)

“Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Dan Engkau adalah sebaik-baik Warits.” (QS. Al-Anbiya’: 89).


Moga Allah redha atas usaha aku, kamu, dia,
Mereka dan semuanya.


Amaran Keras !
Dosa, jangan kau kembali.
Aku cukup penat nak seret dekat kaki,
Aku serius ni.
Iman, tolonglah nasihatkan jiwa yang gersang dgn cinta Illahi.
Jangan tahu mengikut kata nafsu nafsi,
yang kelak membinasakan diri.


-------------------------------------------------------------

Mahukan generasi yang cemerlang akhlak,
mantapkan diri dengan sempurnanya ibadah.
Moga yang lain dapat terjebak,
ke arah jalan yang lebih indah.
Tak lain iaitu Dakwah dan Tarbiyah.
Kerana itu tunjang rasmi kehidupan,
yang lebih dan lebihh baik pada masa hadapan!

Say cheeseee :3
Walaaaa.

NNK


GewaardeerdeLeider.
Moga Allah Redha.