Heart Lucky Charms

Monday, 9 September 2013

Dai'e Kah Kita Ni?

A: "Nak dengar satu cerita dak?"

B: "nak nak! *tarik kerusi menghadap skrin*






Bismillah.
Aku tak tahulah ni boleh dijadikan ceghita atau dak. Otak aku tengah kering idea. Ppffttt. Haha. 

-------------------------------------------------

"Weh, aku tak kisah perkara ni. Hang jangan risaukan aku.
Jangan pulak disebabkan benda ni, hang dengan depa tak rapat"
Zila menggaru kepala. Cuba menghadamkan makna
yang dikatakan oleh Julia.

------

2002

Dai'ekah kita?
----
"Hang tahu dak cane aku rasa sekarang ni? Bukan saja-saja aku
dok mengutuk depa yang bertudung labuh."

Puuhhh! *tersembur air sirap laici yang dihirup oleh Zila. Dia malas
senanya nak ambil tahu. Tapi dia dapat rasakan, benda 
ni penting untuk ukhwah dan terutamanya ummah.

"Brota, aku suka doh tengok diorang pakai tudung labuh.
Tapi aku 
tak dapat terima kenapa mesti
semangat assobiah 
dalam diri mereka
tu subur. Apa diorang ingat, perempuan macam kami
ni takdak 
perasaan ka?
Woi ada woi! Kami jatuh cinta dengan pakaian
taqwa, tahu kenapa kami masih tak laksana?
Tuu! Kerana diorang sendiri yang mencelanya. heh" 
Tempelak si Zakiah.

Terdiam Zulia. Sebutir-sebutir percakapan Zakiah
membingitkan telinga. Julia ingin bertanya kenapa
pandangan geng depa bercabang. Tapi Julia
memutuskan untuk berdiam diri dan mendengar
perbualan mereka sampai habis.
Dia tahu, Zila ada disitu.
Bersama-sama "geng glamour//geng tudung pendek"

Zila cuma mengangkat-angkat kening dari tadi
tanda malas untuk masuk campur.

"Senanya, mereka buatkan pandangan kami berubah hala.
Kata dai'e? Beria dok beghi pamplet kat semua pelajar, dok
mencanang mereka sahaja yang benar. Dai'e beb! Dai'e.

Tapi kenapa depa hanya berkawan dengan 
girls yang pakai tudung labuh ja?
Mana mad'u depa yang ingin depa sampaikan
sangat dakwah tu? Dud, mereka silap.

Mereka silap.
Mereka expect kami ni yang tudung pendek, tudung biasa-
biasa ni, perangai liar, sosial habis. Siapa yang senanya
tak mampu nak jaga hati untuk berbaik sangka? Siapa beb?
Tapi depa sendiri kata, "WAJIB HUSNUZUNNNN"
Puih. They stabback theirself. Dai'e kah?

Mereka sangka haaatt kami ni tak layak
untuk berkawan dengan jenis mereka. yolah. alim, berhandsock.
Beb, kami teringin, tapi depa kata sinis. Dai'e kah?
Lalu, kami dok jatuh, jatuh dan jatuh lagi.
Mana tangan yang hendak dihulurkan?
Heh, tangan khas untuk tangan bertudung labuh.
Rasa lifeless. Tambah lagi,
bila depa dok sakan bergambar, boleh nampak
dari riak muka, mereka cuma nak yang seperti mereka.
Sakit hati beb! Bukannya kami tak teringin. Dah lah. Aku nak blah."

Julia hampir terduduk. Berjurai air matanya melimpah.
Baru dia perasan,
ada yang tidak kena pada ukhuwah.
Dia tahu ukhwahnya kerana Lillah,
tetapi tersalah langkah.

Usrah bukan tempat mengumpul geng.
Usrah medan dakwah. Bukan tempat menaikkan
semangat assobiah. Usrah itu mengajak semua orang
berbuat kebaikan.
Yep, mereka semua layak!

Kita lupa, ya, kita lupa satu perkara.
Kita terlalu menyeru pada mereka yang sama dengan kita.
Kita terlalu menyeru mereka melalui pemakaian kita.
Tapi tak tahu untuk menarik mereka 
yang cuma biasa-biasa.

Kemonlah. Tudung labuh bukan dengan geng tudung labuh.
Purdah bukan dengan geng purdah.
Buang sifat assobiah.

Pfftt.

bersambung~

NNK