Skip to main content

scratch-mind

to Allah we shall return eternally, to face the real of reality.

Hi? How'd have you been? it has been too long since I last met you here, right?  up to six-seven years I assumed? long story short, six years with ups and downs: battling with some serious issues of mental health, jinxing your lowest self-esteem, barely to breathe, couldn't choose which way leads to wider horizon of promising life [financial and career I supposed?] all these things keep me anxious about future though I know I do not hold it... only He does. and yeah now I'm facing with a serious issue of body health (still a shocking news to me) I'm sure He loves me unconditionally *wipe tears. well it definitely a hard-rock ship coursing my undergrad life. not a smooth sailing told ya. but I'd say I definitely made it, yes I was. obviously with His helps and grace upon me. you can tell my eyes, they're holding pure liquid-crystal-white whenever the storms started to shake my mind; Oct 19th, 2021 // 12 RA 1443H ;(it was The Prophet Muhammad's birthday, peace

Apa Bezanya Kita?

Bismillahirahmanirahim.
Firstly, cubalah hayati lagu ESM aka Epilod Seorang Manusia dalam blog ni.
Serius banyak bantu kita untuk tabahkan hati.
 ---------------------------------------------------------------------


Ok banyak nak coretkan cerita sebenarnya. Moga Allah redha sepanjang penulisan aku. Moga moga.

Suatu waktu dahulu, ehem ehem. Skemanya ayat first aku --'
Oklah, aku nak kisahkan tentang kisah kehidupan manusia dan haiwan. Tak begitu detail, Cuma nak sama sama kita sedar akan hakikat ini.

Dulu di pinggir kawasan rumah dan kampung ada hutan-hutan dan bukit yang
damai mengalunkan muzik oksigen yang memberi nafas baru kepada manusia dan haiwan sekelilingnya.
Udaranya nyaman, ada tasik, dan taman rehlah.
Tiap tiap petang ramai yang bersenam, beriadah di kawasan itu. Hujung minggu pula, selalu ada aktiviti skateboard, berbasikal, eksplorasi dan bersukan. Monyet monyet pun nampak ceria sebab kawasan habitatnya terpelihara. Bahkan burung-burung merdu berkicauan memikat pasangan.



Nampak tak begitu sihatnya rakyat Malaysia. Kita boleh merasainya.
Cuba pejam mata dan bayangkan masih ada wujud lagi tempat tempat tersebut.
Menyedut bekalan oksigen yang dikurniakan Tuhan, menenangkan fikiran dari kerja sekolah,
kerja opis yang bertimbun, dan seangkatan dengannya. Kabus pun ada. Fuuyoo.
Dah macam duduk di Cameron pula.

Then di awal pagi, bukit yang hijau itu cukup tenang bersama kabus yang melitupi, rasa cukup best menikmati suasana ini sambil minum kopi. Huhihuhihuhi xD
------------------------------------------------------------

Tapi, berapa tahun kemudian, bukit sudah digondol, semua pokok dah ditarah, kabus diganti dengan debu. Nasib monyet-monyet yang tinggal disitu? Wallahualam.
Monyet            : “Iskk iskk. Habis tanah kami dirampas”
Monyet  1        :  “Mak, kita nak tido mana malam ni?”
Anak Monyet  :  “Sabar anakku.” *Sambil mengendong anaknya*



Segalanya dah berubah............................... Hm.
Budak budak pun tak boleh tunjuk hero dekat kawasan itu lagi. Gila apa nak main basikal berhampiran tanah yang ditarah untuk dijadikan banglo mewah? Kalau nak kena tembak, rasa lah main dekat situ. *Nada bengang*

Kualiti udara pun langsung dah tak berkualiti, tak nyaman dah weh. Fehh.
Haiwan pun tahu memberontak. Mereka lapar. Itu sebab ada di antara mereka yang sampai datang menyerang rumah. Haa tanggungjawab siapa? Ha? ha? Lepas itu, telefon pejabat haiwan liar mengatakan monyet itu gila, sawan, bla b la bla dan macam macam lagi lah. Padahal benda itu berpunca daripada manusia sendiri. Hapuskan habitat mereka. JADI TAK TERFIKIR KAH, APA BEZANYA KITA DENGAN ZIONIS? Um? Tak ada sekelumit belas kasihan kah pada “mangsa keadaan: tersebut? Iskk. Sudahlah tanah mereka dirampas, kemudian ditembak mati, dihalau dari tempat tinggal sendiri. Jadi APA BEZA KITA DENGAN ZIONIS?

Tapi... Baru baru ini, akibat penggondolan pokok-pokok, bukit itu mengalami tanah runtuh.
Mungkin itu tanda amaran awal supaya kita tidak terlalu leka dengan kemewahan, tamak, leka, dan berlebih-lebihan.

NATURE HAS ENOUGH FOR OUR NEED, BUT NOT OUR GREED.
Sekianzzzz.

Moga Allah Redha.
GewaardeerdeLeider.

Comments

  1. Hurmm..jangan lupa baca balik blog ni until kesedaran diri sendiri. Tangan yg menulis lbih dekat dgn tuannya. Moga Allah redha dalam setiap apa yg kta lakukan. Maaf dipinta kerana mulut terlampau berat menegur kawan untuk masuk ke syurga bersama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts