Skip to main content

scratch-mind

to Allah we shall return eternally, to face the real of reality.

Hi? How'd have you been? it has been too long since I last met you here, right?  up to six-seven years I assumed? long story short, six years with ups and downs: battling with some serious issues of mental health, jinxing your lowest self-esteem, barely to breathe, couldn't choose which way leads to wider horizon of promising life [financial and career I supposed?] all these things keep me anxious about future though I know I do not hold it... only He does. and yeah now I'm facing with a serious issue of body health (still a shocking news to me) I'm sure He loves me unconditionally *wipe tears. well it definitely a hard-rock ship coursing my undergrad life. not a smooth sailing told ya. but I'd say I definitely made it, yes I was. obviously with His helps and grace upon me. you can tell my eyes, they're holding pure liquid-crystal-white whenever the storms started to shake my mind; Oct 19th, 2021 // 12 RA 1443H ;(it was The Prophet Muhammad's birthday, peace

Bismillahirahmanirrahim


Fuhhh ~ *Tiup serbuk pemadam atas kertas kerja*

Tipulah kalau tak penat buat kerja. Bukan penat fizikal. Tapi penat jiwa kerana niat berubah sentiasa, halangan datang tanpa rela. *Pejamkan mata* Aku boleh berjaya. Kalau aku tahu cara mengendalikan sifat jiwa.

Saat aku tuliskan coretan ini, jiwa menangis tanpa henti.
Kau pernah rasa apa yang aku alami? Semua ujian berbeza dari Illahi. Perit getir kau kena tempuhi.
Carik hati, luka berdarah mengalir. Kau tetap menghayunkan kaki, walau ke hulu ke hilir, jika kau tetap merasakan Allah itu hadir, jangan berpatah balik. Fehh. Air mata, berhentilah. Aku dah lemah. Tapi kau berdegil untuk terus melimpah ruah.

Kerana dulu aku pernah terpesong, bukan sekali, bukan jua dua, tetapi yang ketiga.
Allah tetap datang menghulurkan taubatNya. Istiqamah tak semudah apa yang dikata. Jarang sekali untuk bermuhasabah diri, dosa-dosa malas untuk diingati, macam mana nak iman spiritual up to the max?
Fehh. *Pandang cermin*

Aku dai'e. Kau ma'du. Aku ma'du. Kau da'ie. Yang pasti, kedua duanya diuji. Tak tertahan dek lemahnya iman. Rebah seluruh badan. Kau tak sedar, hati itu masih hidup. Hidup, bernafas. Cuma hati itu sesak apabila kau lupa Dia. Bygkan bagaimana hati itu ingin bernafas andai tompok tompok debu kotoran, kaca kaca sangkaan, habuk habuk porno melekat? Hati takkan mampu bernafas. Takkan mampu terlepas.
-----------------------------------------------------------------------

Sudah berhijrah. Kenapa biar hanya sekejap cuma? Kemanakah janji cintakan Dia?
Itu kerana hati tidak letak Allah sepenuhnya dijiwa. Cuma kata kata di bibir sahaja.
Berubah kerana "seseorang" tidak akan kekal lama.

Aku merayu wahai diri.
Bukan dengan kencangnya kata kau boleh meninggi.
Jangan kau bongkak dalam dunia kepunyaan Illahi.
Janji nak masuk Syurga abadi?


Nak Syurga,
bukan setakat dengan kata kata,
jika akhlak hilang tercampak,
lompong lompong dalam jiwa pasti akan ternampak.

Wawa, kau kena ubah cara. Ubah segala. Memadai walau sedikit demi sedikit cuma. Asalkan bergerak! Walaupun kau terpaksa merangkak. *Kesat air mata*

Add caption

Comments

Popular Posts