Bismillahirrahmanirrahim.
Ting tong~
Alhamdulillah, idea datang mengetuk minda untuk membuka bicara
merdu di atas empukan keyboard.
-------------------------------------------------------------------------
Kenapa? Kenapa saya letak "hamba" disitu?
Tentulah. Sejak azali kita dah diberitahu secara langsung
atau tidak langsung
kita ini sememangnya hamba.
Tapi tahukah kamu, hamba itu sebenarnya darjatnya
bukanlah seperti ''duduk dibawah kaki tuan, makan di atas lantai."
NO.
Itu bukan 'hamba' untuk kita yang sebagai hamba.
Hamba inilah yang menurut
perintah Allah tetapi tidak duduk dibawah kerana 'hamba'
sememangnya sentiasa menjadi sebutan naungan di atas sana.
Cuma bezanya hamba di antara hamba ialah?
Taqwalah bahhh ~
Kenapa rasa liat sangat nak buat ibadah?
Soalan ini pernah menggangu tidur aku saban hari.
"Kau tak menjiwai apa itu sebenarnya kehidupan sebagai
Hamba Allah, dan sebab itu kau susah untuk menikmati
kelazatan Iman yang indah" -Abah-
Aku termangu. Jawapan inilah yang aku cari!
Kenapa kita tidak menjiwai kehidupan sebagai hamba?
Sebabnya kita terlalu sayangkan dunia.
Sehingga liat sangat hati itu untuk melepaskannya.
Cintakan perkara yang sementara, mampukah menjadi 'payung'
semasa melintas di titian sirat sana?
Mampukah? Kita berasakan 'hamba' yang berada di
skeptikal minda ini terlalu rendah nilainya.
Padahal, dengan cuma berzikir dan mengingati Allah dah dapat pahala.
Tak rasa kah Allah begitu sayangkan hambaNya? Tak rasakah?
Cuba pejam mata dan rasakan berapa banyak
kita telah mendustai nikmat-Nya.
Sesungguhnya telah disepakati bahawa mencintai
Allah Taala dan Rasul-Nya itu adalah wajib.
Firman-Nya Azza wa Jalla:
“Dia mencintai mereka dan
merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)
Ayat ini menjadi suatu bukti wujudnya ‘cinta’
kepada Allah Taala Yang Maha Penyayang.
Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW menjadikan
kecintaan kepada Allah itu termasuk sebahagian
daripada syarat iman. Ini menunjukkan
betapa pentingnya cinta makhluk kepada Khalik.
Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya:
“Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?”
Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan
Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (Ahmad)
Terbuktikan? Allah menyayangi hamba-Nya?
Bukan Dia seolah olah tuan yang menyepak terajang hamba.
NO. Hiduplah secara hamba. Hamba yang bertaqwa tentunya.
-----------------------------
Tak cakap kosong.
Hidup sebagai hamba Allah ini 'the ekstrem best surely.'
Bukankah Allah menyuruh hambaNya
menutup segala lompong-lompong,
yang ada pada diri?
Jadi?
----------------------------------------------
Apa fikir lagi?
Bayangkan, punya sayang Allah pada kita,
semasa buat maksiat pun Allah kurniakan oksigen.
Hehhhhhh. *Muka perli*
Dah jangan tunggu saat nak mati. Segera rawat hati.
|
[Pemilik asal] |
GewaardeerdeLeider.
Comments
Post a Comment