Bismillahirrahmanirrahim.
fuuuu~ lamanya tak menaip.
hihi.
-------------------------------------------------------------------
Dah lama do aku tak tarbiyah diri ni. hm lama sangat.
padah banyak sangat baca buku barat,
iman pun terpesong melandai.
lahaiii.
hahahahah.
k nak cerita satu kisah. cam bebudak kan? haih takpelah go on jugaklah.
----------------------------------
*kat bilik makmal sains paduan*
9.37 pagi.
"Kamu semua tahu kan hari ini kita nak buat satu eksperimen bedah tikus?
Memandangkan makmal biologi digunakan untuk budak budak tingkatan enam,
kita terpaksa jugalah beralah. tapi semua bahan dah settled" Kata cikgu Yuzi
pada semua pelajar 4 sains beta.
dalam makmal tu punyalah kecoh mak aiii. Semua bising nak menjaja tikus depa hat
mana lebih 'cute'. Well bebudak. Cikgu Yuzi malas nak ambil pusing hal
remeh temeh. Dah lali bagi dia.
Taiko dalam kelas; Ameer. Konco-konconya haih ramai. paling hangaitttt tu Musafir.
Dengan keningnya separa lebat, hidung mancung, bibir mungil, badan tinggi dan tegap pehhh.
Takyah cakaplah berapa ramai awek nak ngorat dia.
K k k dah mengarut banyak penulis blog ni.
Then Zuraisyh yang memang pernah meminati Musafir ni dari duluuuuu lagi, selalu bagi
surat. Surat ala ala islamik camtu. Taiko taiko Musafir tu, layan juga buku hidayah, cuma dia tanak tunjukkan sangat. Geng besar, pengaruh kuat, nanti kena dump je dengan geng.
ego kenalah tinggi.
"Cikgu hari ini sebenarnya nak test korang semua."
"Ye tahuuu cikgu, kita kan nak buat eksperimen, ate leghah leer buatnya." Nyampuk si Azmi.
semua pelajar ambil tempat masing-masing.
satu meja satu tikus. semua telah disediakan dengan lengkap.
"Cikgu nak korang bedah tikus ni tanpa sesiapa pun dapat lihat."
"Woi azmi! Aku ada port baik. Kamu duduk kat tempat belakang kantin, aku kat sebelah. Kat situ takde orang sangat. Kau pulak musafir carilah mana tempat kau nak. Kau
lagi tahu selok belok sekolah ni." Jerit si Ameer.
Semua pelajar sibuklah cari tempat paling selamat nak bedah tikus tu tanpa sesiapa pun dapat lihat. Cikgu Yuzi melangkah keluar dari makmal menuju ke tangga berhadapan dengan kelas
4 Geografi. "Panaih teghik ni cikgu. Pepagi pun panaih. Awat cikgu duk situ?" Tanya Mira.
"Takpa, panaih sekejap ja. Duk sini supaya tanak tengok hampa semua buat keghija." cikgu berjeda. panjang ooo dibalas oleh Mira.
Dalam tak sedar. Musafir dan Zuraisyh ada dalam makmal. Berdua.
.............
Depa dua-dua diam membatu tak buat apa-apa.
Hanya kedengaran bunyi tikus berdecit kecil, kipas yang laju menerbangkan sayapnya.
krik krikkk krikk.
"TIME'S UPPP!" Cikgu Yuzi menjerit mengharapkan semua pelajarnya selesai mengahbiskan
tugasan. "Cikgu tahu ada dua orang pelajar yang tak menjalankan tugas cikgu.
dannn cikgu sebenarnya amat berbangga dengan mereka berdua"
semua pelajar geleng kepala dan bingit menanyakan siapa gerangan tersebut.
"Musafir, sila bangun sekarang dan datang ke hadapan. Jelaskan kepada mereka
kenapa kamu tak buat apa yang cikgu suruh. Zu, kamu sekali datang ke mari. Bukan cikgu tak tahu apa kalian buat."
"Haaa sah-sah lah Zu buat maksiat dengan Mus. Aku dah agak, Zu tu harap je tudung labuh.
Perangai kalah setan." Bisik Julia pada gengnya. Semua bagaikan lembu dicucuk hidung
mengiyakan je apa yang dikatakan oleh Julia.
*Musafir menyeluk kedua-dua tangannya ke kocek seluar*. Gaya cool habis lah tu.
"Pandang muka kawan-kawan kamu, bukan pandang saya."
----
"Aku tak tahu nak mulakan cemana. Tapi dengan sekeping surat aku terima
pada dua hari yang lepas, aku cuba menghadamkan kata-katanya, akhirnya aku faham.
Cikgu Yuzi ada cakap tadi, cikgu nak korang bedah tikus ni tanpa sesiapa pun dapat lihat.
tapi.
Aku taleh buat. Reason aku kuat.
Sebabnya, sampai bila-bila pun pasti ada yang melihat.
Aku nak sorok cane untuk bedah tikus ni babe?
Allah tetap dapat lihat apa aku buat.
Jadi, aku buat keputusan untuk tak bedahkan tikus ni.
Sesiapa pun tak dapat lihat? Malangnya, aku tak buat sebab aku rasa,
Dia Maha Melihat."
Musafir tertunduk, semua pelajar melopong. Cikgu Yuzi membutang matanya memandang Musafir. Dia tak sangka Musafir boleh cakap macam tu. Dia sangka Zuraisyh yang akan cakap
sedemikian bagi pihak mereka berdua.
"Saya minta maaf. Alasan saya sama dengan Mus." Zuraisyh menyampuk perlahan.
Cikgu Yuzi datang menepuk bahu Zuraisyh.
"Zu berjaya ubahkan dia. Kelas, ini lah sebab saya cakap saya bangga dengan
pencapaian mereka. Saya dah kata awal awal tadi kan, saya cuma nak test kalian semua.
Rupanya ada juga yang memahami."
Yang lain diam seribu bahasa. Apatah lagi Ameer. "Jahat jahat group aku ni, ada jugak yang ingat Tuhan" Ameer bermonolog sendirian.
Satu surat selamat sampai di bawah meja Zuraisyh.
"Salam. Aku tahu selama ini yang bagi surat tu kamu. Dan aku tahu kamu akan
sentiasa bertanggungjawab bagi semua mad'u. Oh ya mad'u tu pe? Aku main agak je. Sebab dari gaya penulisan aku faham mad'u tu macam penerima nasihat. Entahlah babe terima kasih. Kau banyak sedarkan aku."
------(@ -Mus
Zuraisyh tersengih. Moga kau dalam jagaan Allah. Kita ni masih kecil haih.
k sekianzzzz.
Just
Remember.
Setiap saat amalan kita akan dihisab di akhirat.
That's why hentikanlah maksiat.
Tengok porno tanpa sesiapa pun tahu.
Tak bermakna Allah juga macam tu.
Apa yang kita buat kat dunia,
seluas luasnya Allah akan buat panggung cerita.
Antara baik atau tidak,
Antara sikit atau banyak,
Semuanya terletak pada tangan sendiri,
pilih mana nak untuk disana nanti.
Comments
Post a Comment