“Abang
Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis. Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis.” Masih terngiang ngiang
bicara lunak Qis.
Akhir
akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh,
cepat cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelazimannya, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak anaknya. Aduhai, penangan Qis
gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar benar menjerat hatinya.
“Abang,
Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi Aliyah nak berjumpa dengan wanita
tu” lembut dan tenang saup sayup suara isterinya. Dia tahu Aliyah bukan seorang
yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahhh hatinya kini sedang
menggilai wanita yang jauh lebih muda. “Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama satu hari saja, boleh abang?” pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan buah hatinya itu kah? Namun, tanpa sedar dia
mengangguk, tanda setuju. Sebab dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara bukan-bukan. Hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya meletuslah perang dunia ketiga.
Melayang semua periuk belanga. Ehh itu zaman dulu dulu. Zaman sekarang ni,
isteri isteri lebih bijak.
Teringat
dia kisah seorang tentera yang disimbah asid, gara gara menyuarakan keinginan
untuk menambah satu lagi cawangan. Lecacatan seumur hidup diterima sebagai
hadiah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Tetapi Asraf hanya menerima
senyuman daripada Aliyah.
“Apa?
Nak suruh Qis berjumpa dengan Kak
Aliyah?? Terjegil bulat mata Qis yang bewarna hijau. “Kak Aliyah yang
minta” masih lembut Asraf memujuk Qis. “Biar betul, apa yang dia nak buat
dengan Qis? Takut la Qis, silap haribulan, dia bunuh Qis!” Terkejut Haikal
Asraf.
“Percayalah
Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya” Abang dah lama hidup dengan dia, abang
faham.” Qistina mengalihkan pandangannya. Mahu apakah bakal madu berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan cerita isteri pertama membuli isteri
kedua. ‘Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah dia nak membuli aku’ desis hati
kecil Qistina.
Hari
ini, genap seminggu Qistina bercuti, seminggu jugalah Asraf merindu. Puas
dicuba untuk menghubungi Qistina, namun gagal. Rakan serumahnya menyatakan
mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu jugalah
peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemu duga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar
benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan diri dengan aktiviti
keagamaan di masjid Putra.
Dulu,
sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta
anak-anaknya berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah
agama. Membaca Al-Quran dan bertarannum adalah kesukaannya.
Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman QIistina memudarkan bacaan taranumnya.
Hatinya benar benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid, tahmid yang sering
dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya. Haikal Asraf
yang dulu, anak imam Kampung Seputih. Haikal Asraf yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya Tanya, apakah yang telah terjadi
pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada
kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal
calon madu Aliyah.
Beeeppp
beepppp.. sms menjengah masuk ke kantung peti masuk telefon bimbitnya.
‘Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak
sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang.’
Dibawah telefonnya ada sekeping sampul besar.
---
Kepada:
Haikal
Asraf,
Suami
yang tersayang..
Asraf
diburu kehairanan. Sampul bewarna coklat yang hampir sama saiz dengan A4 itu
dibuka perlahan.
“Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Salam
sejahtera buat suami tercinta, moga redha-Nnya sentiasa mengiringi jejak
langkahmu.
Abang
yang dikasihi,
Genap
seminggu sesi temuduga Aliyah jalan terhadap Qistina. Terima kasih kerana abang
membawakan Aliyah seorang madu yang begitu cantik. Disini Aliyah kemukakan
penilaian Aliyah.
Dengan
ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan. Naju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi abang,
Aliyah sayangkan abang. Aliyah tidak sanggup abang diheret ke ‘sana’ tempat
yang menggerunkan kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa kita ni pun masih
belum termampu untuk jawab di akhirat. Apatah lagi abang nak menggalas dosa
orang lain. Abang, Aliyah sayangkan abang. Maafkan Aliyah. Aliyah tahu semua
orang layak mengecapi kebaikan. Aliyah tak haling abang :’)
Aliyah
ada mengajak dia memasak. Memang dia pandai memasak, apatah lagi ‘western
food’. Tapi Aliyah sayangkan abang, Aliyah tahu selera abang pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah kalau abang ingin cuba selera baru. Aliyah tak halang
abang. Aliyah sayangkan abang..
Aliyah
turut ajak dia solt berjemaah. Abang, aliyah tak mampu bicara soal ini. Aliyah
minta dia jadi imam. Yelah, nanti dia bakal menjadi ibu kepada zuriat abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak anak untuk
menjadi imam dan makmumah yang beriman. Tapi abang.. kalau dia sendiri gelisah
untuk memakai telekung dan kelam kabut memakainya hm.. Aliyah sayangkan abang.
Abang
yang diayangi, cukuplah rasanya penilaian
Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih
memahaminya. Ini penilaian selama satu hari sahaja, abang mungkin dapat mmbuat
penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang lebih mengenalinya berbanding
Aliyah. Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah Aliyah siap tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS
ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiyakan tindakan abang ini,
ambillah borang tersebut, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh
ya, lupa nak cakap. Qistina telah berada di Sarawak, menunggu abang. Aliyah
sayangkan abang. Tapi jika abang
berpatah semula, pergilah cari wanita yang standing dengan Aliyah walaupun
Aliyah tidak lah sehebat mana. Abang, Aliyah sayangkan abang.
Tapi
abang, kalau abang merasakan Aliyah isteri yang hebat untuk abang, tolonglah
bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan makanan kegemaran abang. Roti canai, air
tangan Aliyah.”
Salam
sayang
Nur
Aliyah Najiha Binti Hazri.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Disitu
berdiri Aliyah bersama hidangan kegemarannya. Dia tersenyum! Lebar. Benar,
tiada isteri sehebat Aliyah Najihah
isterinya!
Comments
Post a Comment